Pages

Monday 16 April 2012

Susukan bayi anda dgn susu ibu

Ramai ibu2 yg berkerjaya malas nk menyusu bayi..  baca artikel SUEperb MaMa dulu sblm 
buat keputusan utk pilih susu formula..  jom layannnnn!!!

Asma AlHusna 99 Gaya dan Gerakan
Nama-nama Allah 99 versi kanak-kanak yang mudah dihafaz dan difahami.


Setiap kali penyusuan, peringkat permulaan susu ibu adalah lebih cair kerana ianya mengandungi lebih banyak air berbanding lemak. Setelah bayi minum agak lama, barulah

susu yang pekat akan dikeluarkan. Susu peringkat ini mengandungi lebih banyak lemak. 

Istilah yang biasa digunakan untuk peringkat susu ini adalah

"fore-milk" - susu awalan (cair) dan
"hind-milk" - susu akhiran (pekat).

ketiga2 sesi pump  susu ini SUEperb MaMa buat test sendiri susu utk hadaina spy sue 
memahai lebih mendalam tentang Susu Ibu..

Hari pertama pd 6hb Apr 2012 kiri pekat kanan cair
Hari kedua 7hb Apr 2012 kiri cair kanan pekat 

Hari ketiga 8hb Apr 2012 kiri cair kanan pekat

memang benar yg dimaksudkan "fore-milk" dan "hind-milk"

Oleh itu untuk memastikan bayi mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya, pastikan bayi menghisap sehingga payudara kosong kesemuanya. Biasanya ini mengambil masa lebih kurang 15 -20 minit untuk setiap belah payudara.

sue byk mengalami bengkak susu dan saluran susu tersumbat ketika dlm pantang.. ia amat menyiksakan.. puncanya simple jea "kurang pengetahuan tentang penyusuan".

sue jumpa doc mengadu masalah penyusuan susu ibu bayi tak kenyang. doc jwb simple jea.. nk menyusu baby guna susu ibu kena "confiden" set kat fikiran "Susu Ibu SUSU yg terbaik dan diciptakan khas utk bayi kita shj"
sue juga tanya doc: bagaimana nk sembuhkan bengkak susu... doc jwb : susukan anak
  bagaimana nk sembuhkan puting susu tersumbat.. doc jwb : susukan anak.. 
  mcmana nk hilangkan ketulan susu beku dlm buah dada : bagi baby hisap dan sambil tu urut perlahan2.  
doc bgth lg... "menyusukan bayi dpt mencegah penyakit berbahaya spt Barah Payudara... InsyaAllah.. semua penyakit tu Takdir dari Illahi".

sue balik rumah termenung dgn jwp doctor tersebut... Tiada penyelesaian selain susukan baby dan berdoa kpd Allah spy diberi kekuatan melaksakan Amanah Allah yg sgt besar ini dgn menyusukan Nur Sufi Hadaina sehingga 2thn.

susu yg disimpan dlm peti ais selama 1 mlm.

gambar susu ibu ini membuktikan lemak susu ibu lebih ringan dari air.
cuba perhatikan Lemak berada di atas dan susu yg cair berada dibawah.

kalau susu tepung di biarkan selama sejam, lemak akan berada dibawah dan air akan berada di atas 
ini menunjukan susu tepung mempunyai lemak yg tinggi dan berat.

Khasiat yg sgt bernilai dr Illahi :

1) Susu ibu menyediakan khasiat yang seimbang untuk bayi untuk menghasilkan tubuh badan yang lebih padat, kulit yang sihat dan bayi yang cergas kerana ia mengandungi kandungan protein adiponectinyang tinggi iaitu sejenis protein yang  amat baik untuk metabolisma bayi. 

2) susu ibu mempunyai sistem imun yang lebih kuat.  Ia akan manghasilkan bayi yang mampu mempertahankan diri dari jangkitan penyakit seperti selsema, demam dan juga serangan virus.

3) susu ibu mempunyai kandungan DHA yang tinggi.  DHA mempengaruhi perkembangan otak dan mata kanak-kanak.  

4) Proses penyusuan mampu mengeratkan hubungan si ibu dan si bayi kerana ia adalah satu jalinan darah yang sukar dipisahkan malah mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak. 

5) mempercepatkan proses pelangsingan badan ibu kepada bentuk asal.  Ia adalah satu jalan mudah jika dibandingkan dengan usaha dan cara rawatan lain.  Ia mampu mempercepatkan pengecutan rahim selepas bersalin sekaligus membantu mengembalikan badan seperti asal.

*** sebelum hamil SUEperb MaMa 44kg, skrg berat SUEperb MaMa 45kg ketika Daina berusia 9bln 2 minggu. Tanpa mkn jamu dan ubat kurus. Sue memang sengaja tak ambil kedua2 ubat tersebut sbb nk hasilkan susu yg berkualiti utk Daina.

gambar ketika anak sue berusia 2bln

 gambar hari ini... tadaaaaa!!!! siap posing lagi!!! nk promote susu ibu punya pasal... hahahaha


SUEperb MaMa kembali kerja dgn badan yg langsing... hihihihi... 
tak perlu mkn jamu.. tak perlu berhabiskan duit mkn ubat kurus, Diet mengikut sunnah nabi..
 "berhenti sebelum kenyang" dan "Susukan bayi anda"


Note : 
Perisa dah khasiat susu ibu bergantung kepada apa yang anda makan setiap hari.  Oleh itu adalah lebih mudah untuk anda menentukan corak pemakanan yang baik untuk bayi anda.  

 
Selamat mencuba resepi utk kurus dari SUEperb MaMa.... layannnnnn   zassssss!!!!!



New batch will b soft awning+plain colour.. It's cool..! Can mix n match easily rite?.. Stay tuned peeps, we will update soon..! HOODIE hanya di Page Facebook ROSSEcouture

No comments:

Post a Comment