Pages

Sunday 3 June 2012

Kebaikan berenang utk bayi


Jom kita study pasal Kebaikan Berenang 

Asma AlHusna 99 Gaya dan Gerakan
Nama-nama Allah 99 versi kanak-kanak yang mudah dihafaz dan difahami.


1.Membantu tumbesaran bayi.

2. Membantu penghadaman dan meningkatkan sistem imun bayi.

3. Membantu perkembangan otak dan meningkatkan IQ & EQ bayi.

4.Menyelaras corak tidur yang normal.

5.Mengurangkan kekerapan bayi menangis dan membantu mengeratkan hubungan bayi-ibu bapa.

6.Bukan setakat sentuhan kulit dengan air sahaja tetapi berenang membantu deria-deria yang lain seperti   pendengaran, bau dan imbangan. Ini juga bermakna semua organ dalaman dan sistem saraf juga “bersenam”.


Dan sabdanya lagi:
"Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah berarti permainan dan kelalaian,
kecuali empat perkara: (1) Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk
memanah). (2) Seorang yang mendidik kudanya. (3) Bermain-mainnya seseorang
dengan isterinya. (4) Belajar berenang." (Riwayat Thabarani)


berenang ni adalah sunnah Nabi Muhammad SAW.

Sabda Nabi SAW : "Ajarlah anak-anakmu BERENANG dan memanah; dan perintahlah mereka supaya melompat di atas punggung kuda." Hadis Riwayat Ahmad

Kenapa Rasulullah anjurkan supaya ajar anak berenang? 

Tentulah hikmah dan manfaatnya sangat baik kan=)

Antara fakta yang SUEPerb MaMa tahu dan ingin kongsikan bersama, berenang merupakan olahraga tanpa gaya graviti bumi (non weight barring). Ia adalah salah satu jenis olahraga yang mampu meningkatkan kesihatan seseorang yang jg merupakan olahraga yang paling dianjurkan bagi mereka yang kelebihan berat badan (obesiti), ibu hamil dan penderita gangguan persendian tulang atau arthritis. Berenang memiliki banyak manfaat yang dapat dirasakan apabila kita melakukannya secara betul dan jadikan senaman itu sebagai rutin, antaranya ialah :

1. Meningkatkan kemampuan fungsi jantung dan paru-paru

Gerakan mendorong dan menendang air dengan anggota tubuh terutama tangan dan kaki, dapat memacu aliran darah ke jantung, pembuluh darah, dan paru-paru.Berenang juga dapat dikategorikan sebagai latihan aerobik dalam air.

2. Melatih pernafasan

Sangat dianjurkan bagi orang yg terkena penyakit asma untuk berenang kerana sistem cardiovaskular dan pernafasan dapat menjadi kuat. Pernafasan kita menjadi lebih sihat, lancar, dan pernafasan menjadi lebih panjang.

3. Membentuk otot

  Ketika berenang, kita menggerakkan hampir keseluruhan otot-otot pada tubuh,dari kepala, leher, dada, perut, punggung, pinggang, anggota gerak bawah, dan telapak kaki. Saat bergerak di dalam air, tubuh mengeluarkan energi atau tenaga yang lebih besar kerana harus ‘melawan’ air yang mampu menguatkan dan melenturkan otot-otot tubuh.

4. Membakar kalori lebih banyak

Saat berenang, tubuh akan terasa lebih berat bergerak di dalam air. Tenaga yang diperlukan pun menjadi lebih tinggi, sehingga dapat secara efektif membakar sekitar 24% kalori tubuh. Ada fakta mengatakan berenang membakar lebih banyak kalori daripada berjogging.

6. Self safety

Dah pandai berenang, tentulah kita tidak perlu risau apabila berhadapan situasi cemas seperti jatuh ke laut dll

7. Menghilangkan stres.

Secara psikologi, berenang juga dapat membuatkan hati dan fikiran lebih relaks. Gerakan berenang yang dilakukan dengan santai dan perlahan, mampu meningkatkan hormon endorfin dalam otak. Suasana hati jadi sejuk, fikiran pun jadi tenang.


hasil dr survey2 pasal renang2 ni...

SUEperb MaMa pun beli perkakas renang di rumah...
nk kuar lepak2 kat pool... malas sbb byk lg plan2 lain belum selesai.. nk balik rumah emak mertua la.. nk shopping brg dapur.. nk shopping baju... outstation la..  jd sue ambik jln shortcut renang2 kat umah jea utk daina.

Step 1 >>> sue bg daina main pelampong ni dlm rumah dulu... atas toto.. biar daina serasi ngan benda yg ada angin tu...

syokk landing!!!

mula mengiring...

kuarkan sebelah kaki...

cubaan berjaya...

skrg sy dah dpt kedudukan yg selesa!!! huyeah!!!



Step 2 >>>> masukkan dlm kolam plastic yg beli di giant RM25 jea + pelampong RM8 

air yg sedikit dulu... takut daina terkejut dan takut nk main air.

Daina dah mula main air...


Step 3 >>>> haaaa... time ni kena si ayah main peranan... sbb mama xkuat nk pegang daina, daina akan mengeraskan badannya bila terasa hampir lemas.

sory la yea... lupa nk pakai underwear... muahaha..
okey.. daina dah mula releks dlm air..

 raut wajah daina dah mula tenang...


TAHNIAH Daina!!! dah pandai ‘melawan’ air !!!!
dgn cara ni daina mampu menguatkan dan melenturkan otot-otot tubuh!!!.






sbelum meninggalkan entry SUEperb MaMa ni... jom kita ambik iktibar tentang pendidikan utk anak kita :

Rasulullah s.a.w. selalu beramah mesra dengan kanak-kanak dan tidak pernah memukul walaupun seorang kanak-kanak (mahupun wanita) di sepanjang hidupnya. Rasulullah s.a.w. banyak mengamalkan konsep pemberian ganjaran dan bukannya pemberian denda dalam hal mendisiplin kanak-kanak.

Baginda sangat menghormati orang-orang tua, mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak .  

Rasulullah saw. selalu memberikan salam dahulu kepada kanak-kanak . Ini mendidik mereka dan menanamkan dalam diri mereka agar bersegera memberi salam.

"Anas bin Malik meriwayatkan bahawa pernah satu ketika Rasulullah saw mengutus beliau untuk melalukan satu tugas . Dalam perjalanan beliau berjumpa beberapa budak lelaki . Maka beliau duduk bersama budak –budak tersebut.. Apabila Rasulullah saw mendekati mereka, Rasulullah saw. dengan segera memberi salam kepada mereka."

Peristiwa ini memberi kesan yang mendalam kepada Anas bin Malik. Sehingga akhir hayat beliau selalu bersegera memberi salam.  

Dgn pcerita anas ni jugak... SUEperb MaMa melatih diri byk memberi salam kpd suami dan Daina!!!

sbb dlm SALAM tu ada DOA.






Selamat mencuba gaya eratkan kasih sayang Style SUEperb MaMa!!!


layannnnn... zasssss!!









1 comment:

  1. salam,

    saya pun dah mula ajar anak berenang.. untuk kebaikan mereka...

    ReplyDelete