Pages

Thursday 28 February 2013

Set berpantang SUEperb MaMa!!!



Assalamualaikum...

Entry kali ni sue nk kongsi set berpantang lepas bersalin...
memandangkan sue byk buat kesilapan dalam berpantang ketika bersalin anak pertama dulu, menjadikan sue lebih beringat dan bersedia utk anak kedua ni...

tadddaaaa.... inilah set SUEperb MaMa!!!


set berpantang utk Nur Sufi Hadaina dulu... sue beli set Amway...

set berpantang ni memang bagus... tp sue tak guna pun..
atas faktor kesihatan masa tu... xsempat2 nk berparam-param... berpilis-pilis lah...
xsempat nk mandi rendaman herba lah...
luka bersalin masa tu lambat sembuh... asyik fokus utk sembuhkan luka jea...
jadiiii... dgn pengalaman yg lepas... menjadikan sue lebih bersedia utk sembuhkan luka dahulu...
ketepikan param.. ketepikan pilis.. ketepikan mandian herba... daun serai la... daun kunyit la... daun pisang la... abaikan semua tuuuuuu... yg penting luka jahitan tu kena sembuh dulu..
sbb kalu kita mandi dgn air herba... risiko utk dpt jakitan kuman kat luka jahitan sgt tinggi...

yg sue sediakan utk set berpantang kali ini ialah :

air zam-zam --->> air terbaik di dunia...

Air Shifa 
Air Perubatan dengan Pengisian Sufi
- Asma'-asma' Allah -
- Ayat-ayat Al-Quran -
- Doa-doa Istiqasah -
air ini dibuat pengisian sendiri oleh Pak Kiyai dr Indonesia
org yg sue anggap spt ayah sue sendiri...

byk memberi nasihat spy bersabar..
nasihatnya yg sue nk berkongsi bersama dgn rakan taulan SUEperb MaMa ialah...
kata Pak Kiyai "kalau kita berdepan dgn org yg ada masalah keluarga, kita jgn berharap utk mendpt keadilan darinya... sbb fikirannya sentiasa bercelaru (tidak tetap pendirian)... jika org yg bahagia dlm rumahtangga yg mentadbir... InsyaAllah keadilan akan lebih tepat... sbb org yg bahagia dlm rumahtangga adalah org yg Allah beri nikmat yg sgt bernilai di dunia ini"

Rasulullah SAW mempunyai kebahagian dlm rumahtangga ---->>> tu sbb Rasul adalah pemimpin yg paling adil dlm dunia ini...
**************
 
utk makanan sampingan pulak.....
Kismis

Buah Tin dan Buah Kurma


Di dalam Kitab Al-Qur’an juga terdapat surah khusus yang menyatakan tentang Buah Tin dan Zaitun, juga Gunung Tursina dan negeri Makkah yang aman (Al-Qur’an – Surat At-Tiin ayat 1-3). Jika direnungkan, pasti ada hikmah dibalik itu, mengapa Allah SWT telah berfirman dalam Al-Qur’an. Ini mungkin karena khasiat dan keistimewaannya yang tiada bandingnya dengan buah-buahan lainnya.

Menurut Imam Ibnu Al Jawziyyah, Buah Tin memiliki banyak khasiat, diantaranya dapat mengurangi penyakit sesak nafas, membersihkan hati dan limpa, juga pengencer dahak, serta memberi khasiat yang baik pada tubuh, sebagai langkah pencegahan untuk melawan racun di tubuh kita.


Dalam surah Maryam juga mengandungi mukjizat serta fakta yang diperakui ketepatannya oleh sains moden. Dalam ayat 23-26 surah Maryam, Allah s.w.t. telah berfirman (maksudnya):

”(Ketika dia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); dia berkata, ‘Alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!’ Lalu dia diseru dari sebelah bawahnya: ‘Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai. Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. Maka makanlah dan minumlah serta bertenang hatilah daripada segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapa pun daripada kalangan manusia pada hari ini.” 

Pengambilan makan buah tamar atau kurma sbg ganti suppliment.. 
Kurma mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Buah ini membekalkan gula asli di dalam bentuk glukosa dan fruktosa. Gula ini yang lebih baik daripada gula tebu.

Kurma juga mengandungi protein dan pelbagai vitamin seperti vitamin A, B1, B2 dan C, termasuk zat besi, kapur, fosforus, belerang, kalium, magnesium, kalsium, mangaan dan tembaga. Kurma juga merupakan jenis makanan berserat tinggi.

Ternyata apa yang diperintahkan dan disarankan dalam al-Quran tidak hanya sekadar untuk memujuk hati Maryam yang terpaksa menghadapi tuduhan kaumnya seorang diri, sebaliknya perintah itu menjadi bukti bahawa al-Quran mendahului segala ilmu yang diperoleh oleh manusia zaman moden ini.

Dan ini mengukuhkan lagi keyakinan kita bahawa al-Quran sememangnya Kitab Suci yang benar daripada Allah s.w.t.

ini utk suppliment pulak...
nak tahu kelebihannya... boleh rujuk ke website ni...
http://www.transfer-factor.net/produk_4life.htm#TRANSFER_FACTOR_ADVANCED_(60_kapsul)
tempoh berpantang anak pertama dulu... adalah tempoh yg sgt menyeksakan...
Allah jea yg tahu deritanya...
jahitan terbuka kali kedua hari ke 5 selepas bersalin, ketika tu dijahit balik kat hospital kerajaan tanpa bius...
cuba bayangkan... kalu jahitan di kelopak mata kita tanpa bius mcmana? sakiiiiiittttttttt...
hari ke 8 ada jangkitan pulak... jahit balik kat Klinik Najihah..
4 kali bius pun dpt rasa tusukan jarum dan heretan benang tu... disimpul kemas2...
perghhhh... pedih gilerrrr... 

sambil tu... sembang2lah dgn doc... saje korek2 ilmu..
"okey... sy nk mulakan keje ni... awak jgn risau... sy memang pandai jahit baju... jd.. jahitan sy confirm kemas"
" lurppp... ahhhhhhhhh"
"doc di hospital kerajaan tak bius.... katanya takut bengkak nanti susah sembuh.."
"laaaa... lepas bg ubat bius... bg la kat patient ubat tahan bengkak... InsyaAllah... tak de lah pesakit rasa terseksa sgt.."

kita semua tahu... sakit itu penghapus dosa... tp jgn tanggung sakit sampai kita merungut dan ia akan menjadi dosa secara tanpa kita sedari...

krim utk sapu kat luka pulak... Doc Najihah nasihatkan pakai yg ni...
Alhamdulillah cepat sembuh...

http://4lifegroup.blogspot.com/2011/03/4life-transfer-factor-renewall.html

utk sembelit pulak... Doc najihan galakkan makan yang ni... "Product Cosway"
sbb diperbuat drp herba... sgt sesuai utk ibu lepas bersalin...
jenis yg sirap tu ada bahan kimia...

http://www.cosway.com.my/product/health/oriyen_colocleanse.htm

setiap ubat-ubatan... sue akan ambil atas nasihat doc..
kalu setakat iklan dlm fb... sue abaikan jea... hihihi

sue rasa sabun ni sabun yg terbaik sekali... sbb diperbuat drp tanah...
jasad kita pun asal dr tanah liat... 

sabun ni boleh digunakan utk samak... utk berpantang apatah lagi...

sue lebih suka pakai krim mustajab drp sapu minyak angin..
minyak angin jdkan kulit berminyak dan panas mcm kena cili...
krim mustajab pulak berangin mcm ubat gigi jea... bau wangi.. dan tak berminyak...
krim ni bagus utk pecahkan lemak dan sembuhkan selulit selulut sekali...


skrg sue dah buat persiapan awal... sbb tak nak susahkan asben mcm sblm ni..
asyik terkejar2 balik keje nk belikan ubat itu... ubat ini... utk bininya spy cepat sembuh..
hihihi... abg yg buat ayg ngandung... so... abg kena lah jaga ayg sampai sembuh spt sedia kala yea... :)

okey... sekian sudah perkongsian ini...
kalu ada yg lebih arif dalam hal berpantang ni...
jgn lupa komen tauuuuu!!!

Set berpantang dari SUEperb MaMa!!!
tata... titi... tutu...


New batch will b soft awning+plain colour.. It's cool..! Can mix n match easily rite?.. Stay tuned peeps, we will update soon..! HOOHIE hanya di

No comments:

Post a Comment