Pages

Monday 23 June 2014

Resepi Bihun Sup

Assalamualaikum khas buat pembaca setia blog SUEperb MaMa!!

entry kali ni tentang aktiviti kami minggu ini...
TLDM ---->> Tido Lepak Dan Makan... santai2 saje..

pagi keluar beaksfast..
Alhamdulillah... nikmatnya makan berjemaah...
sepinggan nasi lemak kongsi 2 org...
bukan kedekut... tp ini lah tips utk "makan sebelum lapar... berhenti sebelum kenyang.."
ini juga teknik sue utk berdiet... kekalkan halus mulus badan sue ni... wakakaka... perasan!!

***ia juga dpt mengekekalkan romantika... peaceeeeeee.. :)
*******************************
Karena kecukupan itu akan diperoleh dengan makan bersama, meskipun jumlah peserta hidangan bertambah, sebagaimana kata Nabi r:
Makanlah berjama’ah dan jangan bercerai-berai, sesungguhnya makanan satu orang itu cukup untuk dua orang”.


“Sesungguhnya makanan satu orang itu cukup untuk dua orang makanan dua orang cukup untuk tiga atau empat orang dan makanan empat orang cukup untuk lima atau enam orang. (Silsilah hadits-hadits shahih no. 895).

"Berjama’ahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut nama Allah padanya, nescaya akan mengandung berkah bagimu" (Silsilah Hadits-hadits Shahih no. 664).


Hadits ini dikhabarkan oleh Rasulullah berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan berkata:Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang.
Maka Rasulullah berkata: Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri. Dia menjawab: Benar ya Rasulullah. Rasulullah berkata:
Berjama’ahlah dalam menyantap makananmu
semoga rumahtangga kami lebih bahagia dan hubungan semakin erat, berkat mengamalkan sunnah nabi ini, makin lama makin kemah keming... insyaALLAH..

hmmmm.... nak makan guna tangan kat kedai ni susah sikit laaa...
sbb nk uruskan anak kan... kejap naik kerusi.. kejap turun kerusi.. hihihihi
 
 
siap breakfast... kami ke sekolah tadika kakak..
sekolah setiap hari sabtu jea...
utk anak2 yg berusia 3 thn ke bawah..
 

sekolah hujung minggu mcm ni sgt penting utk kanak2
yg anti sosial spt daina..
pengasuhnya cakap... daina adalah satu2nya anak asuhan yg paling banyak cakap
dan petah...
tapi... bila kami bawak ke tempat awam... daina akan jadi pasif..
tak nak bergaul... xnak bercakap...
jadi... sememang nya tanggungjawab kami utk hantar daina bersekolah dihujung minggu..
spy daina boleh berdikari dan ada keyakinan diri..
tahun depan... (4thn) dah kena sekolah..
 
 

adik pun join sekali...
 
kat rumah bukan  main lg jadi heroin yea...
kat sekolah... terus pasif..
 
 
sekolah ni kena ibu atau bapa ada sama2...
sebab kena jogek sama2... kena nyanyi sama2...
kena mewarna sama dgn anak....
 
waktunya sekejap jea... sejam..
 
siap layan anak2... diorang pun dah ngantuk...
balik rumah semua tido..
........................................................
 
bangun2 jea perut dan berbunyi... lapar...
 
apa lagi bihun sup express laaaa...
kalu nk bihun sup express ---->>> asben sue yg masak.. (10 minit siap)
kalu nk bihun sup romantika ---->>> sue yg masak.. (1 jam setengah siap)
resepi... bahan... semua sama... yg beza cuma masa jea... muahahahaha
 
 
nak tahu resepinya... meh sini sue ajar yea...
 
 
1) tumis bawang putih
2) masukkan bawang merah
3) masukkan kulit kayu manis, bunga lawan..(apa2 yg berkaitan dgn perkakas sup lah)
4) masukkan air
5) masukkan perencah pati ayam.. (kalau xde stok ayam/daging/udang/sotong)
6) masukkan apa2 ball2 @ bebola @ fishcake seangkatan dgnnya..
7) masukkan batang sadri dan daun sup
8) celur bihun/mee
 
 

siap!!!!
letak bayam yg dah siap selur sekali..
tabur serbuk lada sulah @ lada hitam
 

buat sambal kicap
tumbuk bawang putih goreng + cili + garam + kicap + limau nipis
 

Nyummy.. nyummy...
 

hmmmmm... sodapnya...
rasanya mcm sup kat foodcoat di pasaraya laaaa..
yg rm6.50 semangkuk tu..
 
 
okey selamat mencuba... tata.. titi.. tutu..
resepi sup simple dr SUEperb MaMa!!
 
 

Wednesday 18 June 2014

Eagle Ranch Resort, Port Dickson


Asslamualaikum pembaca blog SUEperb MaMa!!

minggu ni sue nak kongsi pengalaman bercuti di Port Dickson...
pengalaman yang sangat menyeronokkan dan ngerikan kan...
sbb anak2 sue biasanya terdedah dgn hiasa dinding tentang ayat2 Al Quran..
kali ni diorang terdedah dgn suasan purba.. Tema Red Indians... Website Resort

wowwwww!! memang tragis lah sepanjang asben dok dlm dewan... kitorang dok dlm bilik...
 sue ni dah lah jenis penakut... cepat seghiauuuu...

jln2 menikmati pemandangan sekeliling resort..
 
kemain lagi kakak daina seronok time main2 kat luar..


suasannya spt dok kat kampung... memang nyaman lah...
 

"Red Indians"
 

biasanya yg mengunjungi resort ni... program under company...
 

 
 

selalunya... anak2 akan main kolam dgn ayah..
kali ni ayahnya keje..
semua main kolam dgn mama...
 
 layan kerenah puteri2ku
 ini restorannya..
penuh dgn lukisan dan gambar2 mcm zaman purba..
masuk2 jea restoran.. daina ckp..
"mama tengok hantu tuu..."
uhhuk3.. :(
pastu ayahnya pun cakap..
"biarlah hantu tu kat situ... kakak jgn kacau yea.."
 
Chiken chop dan nasi goreng..
 
haaa... ini dlm resort yg kitorang duduk pulak...
 
 mula2 masuk.. daina suka sgt..
 
 resort ni dikelilingi dgn susunan kayu spt rumah2 zaman dahulu..
 
 itu dapurnya,..
 
 
 si adik pulak suka nyorok dlm almari.. dah tarik keluar... berlari masuk lagi...
setiap kali tarik.. tiap kali tu lah bulu tengkuk sue meremang...
alih2.. sue tutup jea almari...
 
 ini toiletnya...
ala2 mcm rumah xsiap..
tp ini memang design rumah org dulu2..
 

bumbung terbuka... hmmm... sue betul2 takut..
takut ternampak ada benda2 terbang jea... :(
 
ni suasan dinihari...
 


apa yg korang rasa... bila baring kat katil... asyik kena tenung kat lukisan patung tu...
huhuhuhu...
masuk jea maghrib... daina nangis nak balik...
"mama... jom lah balik... rumah ni x cantik...jom laaa.. jom lah balik umah kita"
huhuhu... bertambah seghiau bila daina nangis sambil pandang lukisan patung tu...
 
pujuk kakak daina tengok vedio AlFatihah...

 daina layan lagu ni sampai tertido... fuhh!! lega..
 
 
Esokkannya..
suasa pagi yg sangat nyaman...
spt tinggal di rumah kampung..
langsung xdengar bunyi kenderan berat... udara pun bersih..

 

ini pun resort jugak... designnya sgt unit...
 



okey... sekian sudah perkongsian aktivivti hujung minggu family SUEperb MaMa!!
 
kepada yg suka suasana kampung dan RED INDIANS..
jemput datang lah yea... hihihihi
 
 
Hukum tentang patung, ukiran dan lukisan dalam rumah..
 
Daripada Abu Talha, “Aku mendengar Rasulullah berkata, “Malaikat (Pembawa Rahmat) tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar yang berupa dari makhluk bernyawa”.” ( Riwayat al-Bukhari, Kitab Penciptaan (4/54) no. 448)

“Suatu ketika Malaikat Jibril berjanji kepada Nabi yang mana dia akan datang menemui Nabi, tetapi dia tidak datang-datang. Dan kemudiannya dia (Jibril) memberitahu, “Kami dari golongan malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya mengandungi gambar (berupa makhluk bernyawa) atau anjing.” ( Riwayat al-Bukhari (4/54), no. 450)

Daripada ‘Aisyah r.ah menyatakan bahawa Jibril berjanji dengan Rasulullah s.a.w untuk menemuinya pada masa yang telah ditetapkan, namun pada masa yang tersebut, dia (Jibril) tidak datang. Kemudiannya Nabi mencampakkan tongkat di tangannya dan berkata, “Tidak pernah Allah dan utusannya (Malaikat Jibril) memungkiri janji”. Kemudian nabi terlihat dan menemui anak anjing di bawah katil dan berkata, “Aisyah, bila anjing ini masuk ke sini?” Dan beliau (‘Aisyah) menjawab, “Demi Allah, saya tidak tahu.” Kemudiannya Nabi mengarahkan dan anjing itu pun dikeluarkan. Tidak lama selepas itu, Jibril pun datang dan Rasulullah berkata kepadanya, “Engkau berjanji kepada saya dan saya menantikan engkau, tetapi engkau tidak datang-datang. Jibril pun menyatakan, “Di dalam rumah-mu ada anjing, di mana ia menghalang (saya untuk masuk), untuk kami (malaikat) tidak masuk rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar”.” ( Riwayat Muslim, Kitab Pakaian & Perhiasan (24), no. 5246)
 
Daripada Ibnu ‘Abbas, “Nabi pernah memasuki Ka’bah dan menemui di dalamnya (lukisan) gambar Nabi Ibrahim dan Mariam. Kemudiannya beliau berkata, “Apakah apa ini? Bukankah mereka mengetahui bahawa malaikat tidak masuk rumah yang di dalamnya mengandungi gambar; termasuklah gambar (nabi) Ibrahim ini. Dan kenapa dia digambarkan sedang mempraktikkan meramal dengan anak panah?”.” (Riwayat al-Bukhari, Kitab Para Nabi (4/55), no. 570)

Daripada Ibnu ‘Abbas, Abu Talha, seorang sahabat Rasulullah dan seorang sahabat yang pernah bersama dalam peperangan badar memberitahu kepadaku bahawa Rasulullah berkata, “Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar.” Yang dia maksudkan adalah gambar yang menyerupai makhluk bernyawa.” (Riwayat al-Bukhari, Kitab Ekspedisi Peperangan Bersama Nabi (5/59), no. 338)

Daripada Aisyah, Nabi menyatakan: “Malaikat (pembawa rahmat) tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya terdapat gambar.” ( Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 318)
 
 
 
 
 
sekian... tata... titi... tutu..
dari SUEperb MaMa!!!

Thursday 12 June 2014

Amalan Pada Malam Nisfu Syaaban

Copy paste dr blog http://dakwah.org/blog/?p=398

Selesai sembahyang Maghrib hendaklah membaca Yasin dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. Kemudian berdoalah. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan niat minta mati dalam iman, kemudian lalu dibacakan doanya.

Pada malam Nisfu Syaaban sangat baik memperbanyakkan beristighfar (memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita. Maksud doanya:

Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan.
Memohon keampunan dua ibubapa, maksudnya: Ya tuhanku ampunilah aku dan kedua ibubapaku dan rahmatilah duanya sepertimana mereka mendidik aku di waktu kecil. (Rabbigh firli waliwa lidaiya warham huma kama rabbayaani soghiro)

Memohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali pagi petang). Maksudnya: Aku mohon keampunan Allah dan aku bertaubat kepadanya. (Astagfirullah hal a’zim wa atu bu ilaih)
Membaca: (beberapa kali – pahala seperti ibadat seribu tahun). Maksudnya: Tiada tuhan melainkan Allah dan tiada kami sembah melainkan dianya, dengan cara ikhlas kepadanya, lagi tetap teguh di atas tauhid, walau pun membenci oleh orang-orang kafir. (La ila haillallah wala na’budu illa iyyahu mukhliseena lahuddin walau karihal kaafirun)
Membaca Al-Quran.

Membaca Tasbih: Seratus kali tiap-tiap satu.
Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi. (Subhanarob biyal a’ala)
Maksudnya: Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya. Maha Suci Allah yang Maha Agung. (Subhanallah wabihamdih, Subhanallahal ’azim)
Maksudnya: Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar (Agong) tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Agong. (Subhanallah, walhamdulillah, wala ila ha illallah, Allahhu akbar, walahaula wala qhuwwatailla billahil ‘aliyyil ‘azeem)
 
Membaca Salawat Atas Nabi: (Allahhummasolli ‘ala Muhammad) 10 atau 100 kali pagi dan petang.
Membaca Zikrullah: (La ila ha illallah) 100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.
Sembahayang-sembahyang sunat: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, Sunat Dhuha, Sunat mengiringi Fardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah malam sebaik-baiknya memohon hajat sesuatu.

Monday 9 June 2014

Jalan-Jalan Cari Makan di Kelantan



Alhamdulillah... dah 4 thn kami hidup sembumbung...
terima kasih Ya Allah... berikan kami kebahagian... :)

thn ini kami raikan anniversary di klate...  bersama emak&ayah..


 spt biasa.. kakak daina akan rasmi semua upacara majlis lah kannn...
kek besday kakak tu.. kakak rasmikan...
kek besday mama... ayah... dan adik... pun kakak rasmikannnnnn..
good job anakku.. hahaha
 
 siap mkn kek... sue sambung makan 2 mangkuk sup gear box air tangan bonda..
wowww... memang sup ori klate lah...
guna straw utk sedup lemak dlm tulang.... perhhhh... memang terbaik!!!
 

pastu mkn 2 bekas dadih hanya di klate ini..
memang sodapppp!!!
rasa vanilla + susu segar...


kami pun tidur dlm kekenyangan... Alhamdulillah..
memandangkan anak2 masih kecil.. xlarat nk naik tido kat tingkat atas..
ruang tamu jugak yg terbaik utk landing... :)
 
esokkannya.. 6 June 2014
hari persandingan kami 6 june 2010

 emak sediakan utk kami salah satu menu perniagaan emak sue..
bihun goreng dan ayam goreng..
 
 makan sepinggan 4 beranak...

pukul 7am... makan lah kami utk alas perut sblm breakfast...
nyummy...
 
ini baru breakfast yg betul...
 sebungkus nasi berlauk special dlm daun pisang..
emak sue bungkus khas utk menantunya ada aroma daun pisang..
 
 sebungkus nasi kerabu utk sue... xde daun pisang pun... haishhh..
sayang menantu dr anak nihhhhh...
 
dah 32thn emak sue berniaga nasi kerabu, nasi berlauk dan bihun..
rasanya sama jea.. tak pernah berubah..
kedai makan emak sue ni... adalah kedai makan tertua di felda kemahang 1,
setiap kali anak felda pulang dari perantauan..
diorang mesti suruh emak atau ayah masing2 beratur utk membeli nasi kerabu emak sue ni...
setiap kali dengar kematian di felda kemahang 1,
anak2 felda yg di perantuan akan berdoa dan berharap... itu bukan lah kematian
"Mok Aji Nasi Kerabu"
 
 makan2 sambil lepak2 anak beranak...
 
petai wajib ada... baru sedap...
 siap breakfast kul 10am..

kul 12 sue ulang mkn nasi kerabu lagi sekali...
pastu tido kejap...

kul 3.30pm kami ke rantau panjang..
mengulit kenangan saat kami honeymoon seminggu di teratak ayah bonda...
makan.. tido... pastu jln2 kat rantau panjang...

makanan yg wajib sue beli bila balik kelantan...
"Satey Klate"

"Lokching"
rasanya mcm keropok lekor...tp rasanya lebih lembut... dan dibakar seblm dicelup dlm sos..

 haaaa... ini ice cream baba..

 mesti beli yang ni...
dlm ais krim ada roti potong..
memang sedap!

 jelly comel ni pun di letak dlm ais krim baba jugak...

 ini gerai yg paling asben sue suka.. hahaha
sblm ni beli rm5 sebekas...
kali ni asben sue beli rm3 jea sebekas..

sebabnya...
asben tu dah tahu tektik membeli di klate...
asben sue sampai jea terus tunjuk nak 2 bekas..
jgn gatal nak tanya harga... kalu tanya nanti peniaga dah tahu org luar... mesti kena ketuk harganya...
hahaha...

inilah Pulut Ayam yg dijual kat gerai td...
 
asben sue belikan hadiah sempena anniversery ni kat sue...
katanya sebagai tanda terima kasih sbb jd isteri solehah... hahaha
errrghhhhh.... uwekkkssss (nk muntah sue nak taip nih..) hihihihi
bukan bunga ros... bukan baju gaun... bukan jam tangan...bukan pasu bunga ros...
 
taddddaaaa!!! 
dpt hadiah Periuk Tanahhhhh...
uhhuk3... romantik kan? romantik kan?
yg 2 mangkuk biru tu hadiah besday sue thn 2014...
 
pastu dpt hadiah periuk cam ni jugakkk..
so, hadiah besday pasni sue dah boleh agak lah dpt apenya...
kalu x cawan... mesti dpt sendukkkk... hahahah..
 
******************
sblm balik KL.. kami singgah di Market Tanah Merah...
 
ini kuih muih atas Pasar Tanah Merah
 meriahkannnn... warna-warni...
 
 kalau ikutkan hati... nak beli semua jenis kuih kat situ...
tp takut membazir... sbb kenyang sgt...
 
sue beli lepat pisang 3 biji..
 pulut dakap sebiji..
 
Tepung Beko sebungkus... total semua RM2 jea...
hahaha... murah kan?
 

 

dan.. Allah kurniakan kamiiii ---->>>  2 puteri yg kelakar ni... :)

Nur Sufi Hadaina & Nur Sufi Dhiahanna


ini tengah mesra... okey..
 

ini time xberapa nak mesra... hehehe


Adik Hanna baca doa... (setahun 3 bln)


Kakak daina berzikir... :)

Kunjungi entry menarik tentang Kelantan :
1) Tempat-tempat menarik di Rantau Panjang
2) Tempat-tempat menarik di Kelantan
3) Tempat-tempat menarik di Kelantan Part II
4) Banjir di Rantau Panjang, Kelantan


Sekian sudah lakaran Kedihupan SUEperb MaMa!!!
tata... titi... tutu...

Ini Sue kongsikan sedikit amalan utk kita sama2 amalkan... :)

Kalaulah seseorang tu tidur 8 jam sehari,bermakna ⅓ harinya,dia dah belanja untuk tidur.Oleh itu,kita katakanlah seseorang itu mendapat tempoh umur daripada Allah selama 60 tahun.bermakna dia belanjakan 20 tahun umurnya,hanya lah utk tidur sahaja....
✪➳•➻╕
jiKalau sebelum tidur,anda ambil wudhu dan tdur dalam keadaan berwudh-uk..lalu anda tidur 8 jam dalam keadaan berwudhuk serta didahului dengan mem baca doa utk tidur..maka disisi Allah, anda dikira sibuk beribadat dalam 8 jam tersebut....
✪➳•➻╕
Bermakna,20 tahun waktu tidur anda dlm 60 tahun kehidupan anda itu, disisi الله akn dikira 20 tahun anda sibuk beribadat....
✪➳•➻╕
Dan jika anda sebar-sebarkan serta sampai sampaikan hal ini kepada org lain,maka sebanyak mana org yg beramal dengannya kelak,kesemua pahala mereka akan ALLAH berikan juga 100% kepada anda tanpa dikurangi sedikitpun pahala mereka....
So jom kita amalkan n sebarkanlah,sampaikanlah kepada orang lain sesebanyak mungkin dan janalah kehidupan akhirat kita,tempat tinggal kita buat selama-lamanya itu....
•••─┅─◐▤••▤◑─┅─•••
جزاكم الله خيرا أحسن الجزاء
•••─┅─◐▤••▤◑─┅─••• .................. from my HTC