Pages

Thursday 20 November 2014

Sabar dalam menguruskan orang yang uzur


Entry kali ni sue nak abadikan 2 pengajaran hidup..
1) perhubungan sue dgn org tua
2) perhubungan sue dan anak2




minggu lepas sue balik kelantan... selepas terima kunci SU7100C dlm pukul 1pm... asben sue sambung keje utk meeting dgn client... sampai kul7pm kat rumah... terus sumbat barang dlm kereta utk dihantar ke pantai timur..
******
apa yg paling seronok outstation ke pantai timur ni ialah ALL IN ONE..
 boleh ziarah org tua sue..
boleh ziarah nenek sue yg dah uzur... 
tak perlu bayar hotel...
tak perlu utk belanja makan... semua free!!
kos kat minyak dan tol shj...







































ini tugasan pertama utk SU7100C... alangkah indahnya jika delivery mcm ni tiap2 bulan...
boleh ziarah org tua sue tiap2 bulan... feeling "SS"...

kul 4am.. sampai di rumah emak sue kat kelantan...  rehat seharian hari sabtu... makan tido jea...
celik2 mata lepas tido tengah hari tu..
emak sue hantar keripap dan cakoi goreng kat tempat lepak tido kitorang...
kena rehat cukup2... ahad kena start keje... 
kul 4pm siap kerja... terus bertolak balik sepang...
asben kena siapkan tender yg closing esoknya..
anak2 sue dok dlm kete 14 jam... perghhhh...
dlm kete diorang tido.. dah sampai rumah tu.. terus buat quotation utk customer..
diorang segar bugar... huhuhu
layan si kakak tu... kejap nk kencing... kejap nak susu.. 
sampai kul 5am baru sue dpt tido... uwwaaaaa...
pagi isnin... ayahnya keje... sue teruskan keje dr rumah... huhuhu
memang mencabar buat keje sambil jaga budak...
boleh cepat kena lemah jantung sue...
********************
lepas balik musafir kali ni... sue terima pengajaran yg sgt besar...
iaitu cara2 menguruskan org tua yg uzur...

emak sue sediakan tilam dan di alas dgn tikar ...
kat kepala katil tu... ada makanan ringan..

turun jea katil... emak sue buat tandas khas utk nenek sue..
tak perlu pakai pempers... nak mandi 40 kali sehari pun xpe... 
tak perlu nak usung2 nenek sue...



apa yg buat sue terharu dgn sikap emak sue ialah...
pagi2.. sebelum start perniagaan nasi kerabu dan nasi berlauknya...
emak sue akan mandikan... pakaikan baju... pakaikan bedak...
pastu bg sarapan...

ketika mandikan tu... nenek sue akan menjerit2 marah2 emak sue sbb nak balik rumahnya...
sedangkan kat rumahnya xde org yg sanggup nak jaga..
nenek sue akan pukul emak... pastu cubit lengan emak... 
emak sue gelak2 jea... wlpn byk luka kesan cakaran..
nenek sue balingkan barang2... mcm budak2...

nenek dah penat bebel... marah2... maki2 sikit...
yea lah... org tua dah uzur...
nenek sue akan merajuk tak nak makan.... dah penat merajuk..
bila perutnya lapar... dia akan makan sendiri... hehehe
sambil membebel... "merajuk pun xde org nak layan... tak de org nak hantar balik kampung... kalu tak makan... perutnya lapar..."
sambil membebel habis nasi sepinggan...

 sebelum tido... nenek sue membebel lagi..
"kesian kat anak aku ni... aku pukul dia... aku marah dia... aku cakar dia... kesian anak aku ni.."
pastu lena dlm bebelannya...

kak sini.. emak sue tunjukkan pd sue...
menguruskan org tua ni senang jea...
pastikan tempat tido dan tandas berdekatan.. itu jea..
yg jd penatnya sbb nak kena usung... nak kena tukar pampers...
pasal makan... apa yg kita makan... terus bg kat nenek jugak...
org tua perutnya dah kecut... mcm budak2...  makan sikit tapi kena kerap...

baik layanan kita pada ibu bapa kita... baiklah layanan anak pada kita kelak...

anak2 akan ikut apa yg kita buat..
pagi ni tersentap jugak lah sue dgn mulut anak sulung sue ni...
 "banyaknya barang kakak nak bawak gi rumah ummi, seronok ke bawak brg banyak2?"
"ahha.. seronok... mcm mama bawak brg byk.."

lurp!... itu pun daina boleh ikut... Astagfirullahalazim...

memang kena jaga tingkahlaku depan anak2..
nak tengok layanan anak2 terhadap kita di hari tua kelak...
tengok lah layanan kita pd ibu bapa kita sekarang...
kalau hari ini kita buang ibu... satu hari nanti... terimalah anak pun akan buat perkara yg sama...

sue pernah bersembang dgn seorang client di hosp kemaman...
sue sgt kagum dgn beliau... sbb beliau jaga ibunya..
anak2 beliau semuanya hantar pengasuh... 
ibunya bebas keluar rumah utk berkawan... utk solat berjemaah di masjid...
beliau pulak terkejut dgn sue... sbb outstation dgn family...
10 minit sebelum sampai ke destinasi... sue akan susukan anak dulu...
pastu asben ngasuh anak... sue jumpa client...
sebelum jumpa dgn beliau... sue sembang dgn seorang mak cik  di kantin..
bila jumpa dgn client sue tu... sue tengok mukanya sama dgn mak cik kat kantin td...
rupanya itu ibunya...
so, si anak adalah client sue.. asben sue lepak makan semeja dgn emak client sue...
susunan pertemuan yg memang tak dapat sue lupakan...
 
setiap kali sue jumpa org yg menjaga org tua... sue memang kagum...
sebabnya nk menguruskan org tua sgt susah... memang kena byk sabar..
belum kira permintaannya yg bukan2 pulak...
hatinya pulak sensitif..
jaga anak lg senang... agak2 anak meragam, kita boleh marah utk pengajaran dia...
tp ngan ibu bapa kita memang tak boleh marah langsung..

kat mana kita nk lepas kan marah tu...
memang kena simpan marah tu... dan berdoa spy Allah padamkan api amarah tu dgn sendiri dihati kita.. itu jea caranya..

zaman sekarang... ramai anak2 suka ambik kesempatan pd ibu bapa utk dijadikan pengasuh...
maklumlah, bayaran pengasuh skrg ni memang mahal... nk ambik org gaji takut dera anak..
time ibu bapa sihat... berebut nak jaga ibu..
beranak jea.. balik kampung...ibu yg jaga si anak dalam pantang...
dah habis pantang... tinggal lah si ibu terkontang kanting...
beranak lagi... balik kampung lagi.. ibu jaga lagi...
bila ibu sakit... si anak yg dah habis pantang.. call adik lelaki utk uruskan si ibu yg sakit pening..
sebabnya.. anak lelaki yg wajib jaga ibu...
pastu anak pompuan ni.. beranak lagi.. balik rumah ibu lagi...
bila si ibu dah uzur... semua akan mengeluh tak nak jaga...

itu lah fitrahnya INSAN yg bermaksud MUDAH LUPA..
iaitu si anak mudah lupa jasa org tuanya...

haaaaa... ini dia anak sulung sue... peaceeee..
tengah nak ambik gambar dia ni..
"mama... tepi sikit... ada kete belakang mama tu...nanti kang kena langgar"
padahal kete dok parking jea situ... hahaha
tiap2 pagi, daina akan mintak singgah kedai...
nak beli ais krim la... nak beli coklat la...
nak beli roti la...

sue memang layan jea... sebagai bekalan...
si adik suka bawak bekal... pagi2 sue akan masak mee goreng... atau bihun goreng... atau nasi goreng... atau spegeti... kadang2 ayahnya yg masak..
 sambil buat utk anak tu... sue bawak bekal utk sue jugak...
patut lah duit sue jimat skrg ni... hahaha...
breakfast bawak bekal... brg dapur asben yg beli... tinggal beli utk mkn tengah ari jea...
   yg kakak xnak bawak bekal... sbb ummi masak lg sedap katanya... adehh.
jd, beli lah makanan ringan pagi2...

Tujuh Golongan Manusia Doa Mereka Mustajab di Sisi Allah SWT


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Firman Allah SWT yang bermaksud : "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."
(Surah al-Baqarah ayat 186)

Rasulullah SAW  menyifatkan doa sebagai senjata orang Mukmin dan menjadi tali penghubung antara seorang hamba dengan Allah. Diantara berbagai macam doa yang dipanjatkan oleh seorang hamba kepada Allah, ada doa yang dikabulkan dan ada pula doa yang tidak dikabulkan oleh Allah SWT. Oleh itu, seseorang hamba yang berdoa harus memahami keutamaan dan adab-adab ketika berdoa.
Berdasarkan beberapa hadis-hadis Nabi SAW terdapat tujuh golongan manusia doa mereka mustajab disisi Allah SWT. Golongan tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Doa orang tua kepada anaknya.

Kedua : Doa seorang musafir sampai ia kembali dari perjalanannya.
Ketiga : Doa orang yang dianiaya.
Keempat : Doa orang yang berpuasa sampai ia berbuka puasa
Kelima : Doa seorang pemimpin yang adil.
Keenam : Doa seorang sahabat kepada saudaranya dikejauhan yang keduanya saling bertemu dan berkasih sayang hanya mengharap redha Allah SWT. semata.
Ketujuh : Doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya

Huraiannya :

Pertama : Doa orang tua kepada anaknya.

Doa ibu bapa kepada anak-anaknya tidak ada hijab disisi Allah SWT kerana reda Allah SWT kepada anak-anak adalah bergantung kepada reda kedua ibu bapanya . Oleh itu anak-anak tidak boleh sama sekali derhaka kepada kedua ibu bapanya.

Dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Ada tiga doa yang diterima oleh Allah secara langsung iaitu doa orang yang dianiaya, doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya." (Hadis Riwayat Turmudzi, Ahmad dan Abu Daud)

Kedua : Doa seorang musafir sampai ia kembali dari perjalanannya.
Seorang yang bermusafir dengan tujuan baik kerana Allah SWT samaada untuk menuntut ilmu, menziarahi saudara mara atau keluar rumah untuk mencari rezeki yang halal adalah perbuatan yang  dikasihi oleh Allah SWT dan diberi ganjaran pahala dan doanya makbul disisi Allah SWT. Kemuliaan yang Allah SWT berikan kepada seorang yang bermusafir sekiranya dia keputusan belanja maka wang zakat boleh diberikan kepadanya.

Dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawasanya Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud :
"Ada tiga doa yang diterima oleh Allah secara langsung iaitu doa orang yang dianiaya, doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya."
(Hadis Riwayat Turmudzi, Ahmad dan Abu Daud)

Ketiga : Doa orang yang dianiaya.

Allah SWT amat murka kepada sesiapa sahaja dikalangan hamba-Nya yang melakukan kezaliman kepada hamba-Nya yang lain. Orang yang suka melakukan kezaliman dan aniaya kepada orang lain akan mendapat balasan daripada-Nya di dunia lagi. Doa mereka yang dizalimi mustajab di sisi Allah SWT.

Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara."
(Hadis riwayat Hakim - sanad sahih)

Dari Khuzaimah bin Thabit r.a, Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : " Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi. Allah S.W.T. berkata : 'Demi kemulian dan keagunganKu, Aku pasti akan menolongmu walaupun setelah masa yang lama."
(Hadis riwayat Tobrani - sanad hasan)

Keempat : Doa orang yang berpuasa sampai ia berbuka puasa.

Puasa adalah satu amalan yang sangat disukai oleh Allah SWT sehinggakan pahala orang yang berpuasa hanya Allah SWT sahaja akan berikan dan malaikat sendiri tidak tahu berapa banyak pahala yang hendak dicatatkan. Ada sebuah hadis qudsi yang berbunyi, “Puasa adalah milik-Ku dan Akulah yang akan membalasnya.”
 Dalam hadis yang lain menyatakan bahawa doa orang yang berpuasa mustajab di sisi Allah SWT. Nabi SAW bersabda maksudnya : "Ada tiga jenis perkara yang tidak akan ditolak oleh Allah SWT. iaitu doa orang yang berpuasa sampai berbuka, doa seorang pemimpin yang adil dan doa orang yang dianiaya." (Hadis Riwayat Turmudzi)

Kelima : Doa seorang pemimpin yang adil.

Seorang pemimpin yang adil, mesra rakyat dan tidak membelakangkan kehendak dan suara rakyat adalah makbul di sisi Allah SWT. Pemimpin seperti ini akan sentiasa dirahmati Allah SWT dan mendapat doa kesejahteraan daripada rakyat kerana keadilannya.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Ada tiga jenis perkara yang tidak akan ditolak oleh Allah SWT. iaitu doa orang yang berpuasa sampai berbuka, doa seorang pemimpin yang adil dan doa orang yang dianiaya." (Hadis Riwayat Turmudzi)

Keenam : Doa seorang sahabat kepada sahabatnya dikejauhan yang keduanya saling bertemu dan berkasih sayang hanya mengharap reda Allah SWT. semata.
 Persahabatan dalam Islam adalah persahabatan kerana Allah SWT. Bertemu dan berpisah semata-mata kerana Allah SWT untuk menjalankan kewajipan dakwah untuk  amar makruf nahi mungkar. Doa di antara dua sahabat yang berkasih sayang dan menjalin ukhwah Islamiah adalah makbul disisi Allah SWT.

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :
"Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhan diterima oleh Allah SWT." (Hadis Riwayat Muslim)

Ketujuh : Doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya.

Seorang anak yang soleh adalah anak yang taat dan patuh kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada kedua ibu bapanya semasa kedua ibu bapanya masih hidup. Apabila kedua ibu bapanya telah meninggal dunia dia sentiasa bersedekah, membuat amal kebajikan dan mendoakan untuk mereka. Doa anak yang soleh mustajab disisi Allah SWT.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Apabila seorang diantara kamu meninggal dunia maka terputuslah semua amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang selalu mendoakannya." (Hadis Riwayat Muslim)

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita terus berdoa dan memohon kepada Allah SWT semoga doa-doa kita ditunaikan dan dimakbulkan oleh Allah SWT. Sekiranya kita termasuk salah satu daripada tujuh golongan yang dimakbulkan doa-doanya maka janganlah kita lepaskan peluang untuk perbanyakkan doa dan memohon kepada Allah SWT.

Seorang mukimin yang banyak berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT tidaklah sama dengan mukmin yang kurang berdoa. Kerana setiap doa yang kita panjatkan kehadrat Ilahi insya Allah akan ditunaikan-Nya samaada cepat atau lambat dan berdoa itu sendiri adalah ibadah yang akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT. Teruskan berdoa jangan mudah berputus asa.

info dr blog Secangkir Air Secubit Garam.

2 comments:

  1. arwah mak akk tak nak buat mcm ni... dia nak kami angkat dia pegi ke bilik air. arwah moyang kami buat mcm sue buat. ms tu mak sihat lg... agaknya ego dia tggi, dia x nak apa yang arwah moyang lalui dia pun kene lalui. tapi dia kuat minum air. sejam smpi dua kali kene usung dia pegi toilet. bila dia dah tak ada, terasa rindu pulak nak usung dia pegi toilet...

    ReplyDelete
  2. kalu nak usung jea penat... sbb masing2 sibuk kerja... ini jea cara yg terbaik... :)

    ReplyDelete