Pages

Wednesday 22 November 2017

Bekam




sue bagi lah gambar blur sekeping...

satu pagi tu dekna tengok bekas bekam kat belakang sue..

"mama.. Nape belakang mama? Merah?"
"mama sakit lah..."
"mama nak pergi hospital ke ni?, nak jumpa doc ke?"
"tak laaa... Mama dah buang darah racun..."

Dekna masih tak faham lagi...

"mama... Sape buat mama? 
"ada org rotan mama laaa.."
"itu bukan bekas rotan la mama.. Kalau rotan mesti garis panjang.. Mama punya ni bulat2 merah.."

Sue diam nak tutup kes..
Masa kak Mall(tengah try baju dlm fitting room).. Dekna tanya balik bila nampak kesan bekam kat badan.
"mama.. Ke ayah yg pukul mana?"
"lurp.." sentap tersedak Sue dgn soalan dekna.. Muahaha

maknanya ape??? Dekna ni mempunya sifat ingin tahu yg sangat tinggi... selagi dia tak jumpa jawapan yang logik.. selagi tu dia tanya...

dah bertahun sue nak buat Bekam.. tapi sue rasa sangat takut.. takut ada jangkitan pada jarum yg dicucuk tu.. takut lebam tak sembuh... tangguh2... baru2 ni tergerak hati nak buat Bekam sebab badan dah rasa lemah sgt... sakit pinggang... rasa mcm umur 60an.... nak buat senaman pun tak larat... risau betul takut tua sebelum usia... sue terlintas pasal Bekam...

Terdorong utk buat Bekam..selagi sue tak buat bekam sue rasa tak sedap hati... rasa macam masih ada lagi cara perubatan yg sue belum buat...

BEKAM!!! nabi galakkan buat BEKAM..  takut??.. ngeri??... mesti buat!!! nekad!!!

sue beranikan diri buat Bekam.. fuhhhh... memang sakit gila lah.. rasa macam menyiksakan diri... rasa macam sue kena dera dgn penjahat lah... mula2 kulit kita di tarik atau di sedut biar darah terkumpul dulu... pastu dibukak balik kmd dicucuk dgn jarum buat bulanan... perghhhh... seksa gila... pastu disedut balik dgn acuan bekam biar darah keluar lagi banyak...

Lepas buat Bekam.. Alhamdulillah sue rasa ringan badan... baru rasa cegas balik utk buat senaman harian... pinggang pun dah boleh melentik balik... perhhhh... lentik tuuuu...

Info tentang BEKAM
Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan.

Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru. Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh.
Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.

Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam.
"Dengan ringkasan diatas, dapatlah disimpulkan keharusan berbekam kepada kita yang mana ia dapat mencegah tubuh badan kita daripada menjurus kepada penyakit-penyakit yang lebih kronik seperti diabetes (kencing manis), darah tinggi, migrain dan sebagainya."
Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat wal afiat dengan cara berusaha mencegah dan berdoa kepada Allah agar diberikan kesihatan supaya mudah beribadat kepadanya. Insya'Allah...


Sabda Rasulullah SAW... 
"Sesungguhnya pengubatan paling utama yang kamu gunakan adalah bekam"
(Hadis sahih)

No comments:

Post a Comment