Pages

Tuesday 23 January 2018

Persiapan untuk ke Turkey - Musim Salji


Kira punya kira akaun syarikat.. MasyaAllah... Banyaknya nak kena bayar cukai kat kerajaan.. Tak boleh jadi nih.. Drp bayar cukai byk2.. Lebih baik tambahkan Overhead company dgn trip ke Turkey. Duit habis.. Pengalaman dapat.. Kalu bayar cukai byk... Duit habis pengalaman tak dapat.. Agak2 korang pilih yg mana?

Jadi sue dan Asben buat kata sepakat.. Kami nak bawak staff2 MSHR ke oversea main salji.. Dah lama staff sue mintak nak main salji.. Tapi company bajet ciput kannnn .. Byk benda nak kena tapis... Kali ni pun bukan akaun company byk duit pun.. Tp dlm "on paper" company kena bayar tax tinggi.. Cash dlm akaun tak seberapa jea pun... Bila kira ikut formula audit.. Tax jd tinggi..

Trip kali ni sue bawak head of department jea.. Kerani cabut tak boleh bawak lagi.. Sebab tak cukup bajet.. Hahaha

3 department yg terpilih.. Yg terpilih semuanya HOD jea..

Department Akaun - Nur Sufi Hadaina bt Mohd Safie

Department Sales & Marketing - Nur Sufi Dhiahanna bt Mohd Safie

Department HR - Nur Sufi Raihannah bt Mohd Safie.

#the_sufi_sisters

Opocot mak engkau!!! Semua binti sama jea.. Ni mesti pakai kroni kannnn... Hahaha...

Kos nak bawak diorang ke tempat salji ni sangat mahal... Sebab diorang tak pernah shopping pakaian salji.. Jadi semua kena beli serba baru.

1) Long John - lapisan pertama.. Kalu tak pakai baju ni.. Bulu roma akan berdiri dan jd rasa gatal2..

Seluar Long John pun kena pakai jugak.. 



2) baju bulu2 - utk perap haba biar jadi panas..


3) lapisan baju bulu lagi... 


4) baru lah pakai jacket winter. Jacket pulak.. Kalu nak beli online.. Semak betul2 baju tu boleh pakai utk suhu cecah negatif ke tak.. Kitorang beli kat kedai offline sebab nak pastikan kualiti kain boleh utk suhu negatif. 

Baju utk kat tempat salji.. 

Ini baju utk kawasan sejuk yang tak ada salji. 

Persiapan kali ni agak mahal... Sebab nak kena beli barang2 winter. Satu set seorang mau cecah Rm1k. Itu pun byk shopping kat lazada dan uniqlo. harga kat situ jea yg paling murah. Kecuali baju winter sue dan  kasut anak2 beli kat Winter Time... Kasut utk sue beli kat The Flex.

Baju utk sue tak berani beli online.. Maklum lah badan Sue ni jenis cutting  "Ayam Serama". Terpaksa lah bayar lebih.. Beli kat kedai dan boleh try ikut saiz. Lagi pun.. Baju winter ni kena beli betul2 sesuai dgn cuaca tau.. Takut salah beli.. Online semua tulis utk winter... Tengok2 kualiti baju winter tu tak boleh nak cover utk suhu - 5'

Ada jugak baju winter kat online.. Sue tengok harga murah giler.. Bila ditenung2.. Memang nampak nipis drp sue beli kat kedai offline. Bila kita ke kedai.. Terus tanya jurujual.. Mana baju yg boleh cover utk suhu negatif. Sebab ada jugak pattern sama spt winter.. Rupa2nya utk autumn jea.. Mampuihh.. Tak keluar Hotel kauuu..

Antara anggota badan yg Sgt penting utk dijaga musim Winter.. Tangan dan kaki.. Bila kaki dah start melecek.. Confirm terbantut percutian anda. Kena prepared lotion utk winter. 

Sunglass wajib pakai... Sebab udara kat sana berhabuk.. Habuk salji.. Nanti mata pedih... Patut lah org ambik gambar pakai spek jea kat sana..  Bukan saje nak stylo... Rupa2nya wajib stylo kat sana... Hahahaha... 
Modal utk beli sunglass ni boleh tahan jugak...  Berapa kali sentap sue tengok harga... Asal jea yg sesuai dan selesa dgn Sue..  Mesti yg cecah Rm1k... Aduh makkk aiiii... 

Haaaa.. Ini benda yg paling malas nak bawak tp sgt diperlukan bila kat tempat orang.. Sue ada beli sambal tempe lagi.. Time packing kena tapis dgn Asben.. Itu tak bawak.. Ini tak bagi bawak.. Katanya takut bag berat.. Nasib baik periuk nasi ni Asben luluskan utk bawak.. Ini pun sebab ada anak kecik.. Takut diorang tak pandai mkn beras org turkey. Baru sampai sini 1 hari.. Dah rindu nak mkn nasi lemak.. 
Kesian Sgt kat dekna.. Dlm flight cepat2 standby bersedia nak makan nasi lemak.. Ingatkan naik Air Asia seperti travel yg sebelum ni.. Sekali tengok kentang bakar dan telur gulung.. Terus sedih tak nak mkn.. Nasib baik bawak kek marble yg ditempah dgn kawan Asben dpt mkn utk breakfast. 

Hari kedua.. Sebelum keluar Hotel masak nasi.. Makan dgn ikan bilis.. 
Dekna tanya.. Nape mkn dlm gelas.. Kakak pun jawab.. Makan jea dgn apa yg ada... 

Hahaha.. Haaaa... Korang dah faham kan.. Kita kena hidup berlebih kurang shj.. Jgn asyik nak sempurna di mata sendiri dan menyakit kan hati orang... 

Kopak poket ku... Habis gaji 2bulan utk shopping brg winter.. Pasni bawak bekal nasi goreng jea pegi keje.. Muahahaha























Friday 19 January 2018

MEMBUAT BINAAN PARKING ATAU BERKEBUN ATAS TANAH REZAB KERAJAAN


Soalan; 1) saya ingin bertanya apa hukum kalau saya buat tempat letak kereta berbumbung untuk kegunaan persendirian dan family saya sahaja diatas tanah rizab jalan (dlm taman perumahan).

2) apa hukum saya berkebun dan mendatangkan hasil pendapatan tambahan diatas tanah rezab sungai.

Jawapan;

Bismillah. Diboleh mengguna/memanfaat tanah milik kerajaan atau awam dengan beberapa syarat:

1. Tidak terdapat larangan dari pihak kerajaan atau pengurusan awam, kerana mentaati ulil-amri bagi arahan yang tidak menyalahi Syariat adalah wajib. Firman Allah (bermaksud); "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada ulil-amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu" (surah an-Nisa', ayat 59).
 
2. Tidak mendatangkan mudarat kepada orang ramai, seperti mengganggu laluan orang ramai atau sebagainya. Sabda Nabi: "Jangan melakukan kemudaratan (kepada orang lain) dan jangan saling memudaratkan" (Sunan Ibnu Majah; 2340, hadis soheh).

3. Bersedia menyerahkannya kembali bila diperlukan kerajaan atau orang ramai. Ia seperti meminjam barang milik orang lain, bila dituntut oleh tuan empunyanya, wajiblah kita memulangkannya.

Sumber dipetik dari tulisan :
http://ilmudanulamak.blogspot.my/2014/07/membuat-binaan-atau-berkebun-di-atas.html?m=1

Sebelum ni tanah rezab depan rumah Sue terbiar dah jadi tempat pembuangan sampah dan tempat kucing berak.. Penuh dgn najis kucing.. Rasa kotor Sgt.. Sue letak pasu utk elakkan jd tempat pembuangan sampah.. Kebersihan kan separuh dari iman. 

http://sueperbmama.blogspot.my/2012/11/selamat-ulang-tahun-sayang.html?m=1

Sue bercucuk tanam di hadapan rumah di atas tanah rezab kerajaan. Daripada tanah rezab tu dijadikan tempat buangan sampah.. Lebih baik sue bersihkan dan bercucuk tanam. Sue menanam betul2 di depan rumah Sue spy tidak mengganggu tanah rezab depan rumah jiran yg lain.. Mana lah tahu.. Takut2 jiran pun ada plan utk menanam jugak ke.. Nak buat parking ke..

Kita hidup berjiran ni.. Kena lah ada rasa hormat... Sekiranya kita ingin buat sesuatu kat atas tanah rezab kerajaan.. Kena pandang dulu kiri kanan.. Adakah tanah itu jiran yg lain sudah buat sesuatu..

Kalau jiran sudah buat buat parking kat tanah rezab.. Jgn lah kita robohkan parking semata-mata utk bercucuk tanam.. Itu dikira menyakitkan hati jiran. Sekira jiran sudah letak ampaian baju kat tanah rezab kerajaan.. Jgn lah kita buang sesuka ampaian jiran semata-mata utk buat parking atau bercucuk tanam. Hormat jiran.. Minta izin utk ubah suai apa yg jiran sudah buat kat atas tanah rezab kerajaan. Sebab Masing2 tak ada hak pun kat atas tanah rezab kerajaan tu. Tak ada sesiapa pun boleh miliki tanah rezab utk buat spt harta sendiri. Yg tinggal cuma rasa hormat sekiranya ingin mengalih hasil kerja org lain. Sama jugak.. Sekiranya jiran parking kat depan rumah kita atas tanah rezab kerajaan.. Boleh tak kita alih kan kereta jiran sesuka hati.. Tak boleh kan? Krn kita menghormati harta jiran dan tak boleh menyakitkan hati jiran.

Cuba bayang.. Sekiranya Sue robohkan parking kat atas tanah rezab kerajaan semata-mata Sue nak bercucuk tanam. Saje nak tunjuk samseng.. Org Kelantan kata "Gedebe" orang bandar kata "nak tunjuk power".. Apa perasaan org yg buat parking kat atas tanah rezab kerajaan tu? Kecil hati bukan?

Kita rasa kita sudah sempurna iman..  rukun islam sudah dilaksana.. Rukun iman sudah di hati.. Tp menyakitkan hati org?  Apa hukum menyakit kan hati orang?
Hmmmm.. Tanyalah Ustaz.

HORMATI JIRAN

Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim nabi bersabda:

"Demi Allah, dia tidak beriman, demi Allah dia tidak beriman. Nabi lalu ditanya: "Siapakah dia Ya Rasulullah? Nabi menjawab: "Iaitu orang yang tetangganya tidak merasa aman dengan kejahatannya".

Sabdanya lagi: "Tidaklah akan memasuki Syurga orang yang tetangganya tidak merasa aman dari kejahatannya" ( Hadis riwayat Muslim)

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Kiamat ( Akhiratt) maka janganlah menyakiti jirannya" (Hadis riwayat Bukhari)

SABAR  KERENAH JIRAN

Seseorang itu hendaklah sentisa sabar dengan karenah atau gangguan jiran, kerana ia termasuk dalam golongan orang berbuat baik kepadanya. Dalam sejarah dimana telah datang seorang laki-laki kepada nabi s.a.w menyatakan:

 " Ya rasulullah, tunjukan aku pada amal yang jika aku mengerjakan akan dapat memasukan aku ke dalam syurga". Nabi menjawab:" Jadilah kamu sebagai orang yang baik". Orang itu bertanya:" Ya Rasulullah, bagimana aku mengetahui bahawa aku ini seorang yang baik?. Maka nabi menjawab:"Tanyakanlah pada tetanggamu, maka jika mereka mengatakan engkau baik maka engkau sebenarnya adalah baik, maka jika mereka mengatakan engkau jahat, maka engkau adalah jahat". ( hadis riwayat al-Baihaqi)

Tata.. Titi.. Tutu.. Sue cikidout dulu... Nak tengok apa jd kat opis.. Bye!

Thursday 18 January 2018

Mengidam - Mini Garden di serambi #the_sufi_sisters


Sebelum ni Sue tak suka bercucuk tanam.. Malas pun yea.. Awal Jan 2018 sue jadi buang tebiat.. Tiba2 Sue tak boleh nak keje.. Teringin sangat nak berkebun.. Tak boleh nak keje langsung.. Membuak2 rasa teringin tu... Tutup laptop.. Terus pegi ke kedai yg jual benih bunga pukul 10 dan ulam raja... Dari hari ke hari siram.. Semakin subur tanaman.. Sue jadi semakin seronok dan sgt puas hati.. Esokan sue tak sedap badan.. Beli pragnent test.. Terkejut tersandar Sue bila tengok positif double line.. Ya Allah.. Rezeki datang tanpa di rancang.. Sue bagitahu Asben.. Tergelak Asben sambil bersyukur..

Patutlah keinginan utk bercucuk tanam lain macam... Rupa2nya mengidam.. Alang2 mengidam tu.. Sue bercucuk tanam kat seberang jalan pulak.. Pastu cari tayar terpakai kat kedai tayar 5 biji... Upah budak surau isi tanah dlm tayar.. Bukan sue malas nak buat sendiri tp saje nak berkongsi rezeki dgn jiran...

Mula2 Asben gelak kan.. Hmmmm.. Hangat tahi ayam jea.. Membazir duit beli benih jea.. Lebih baik beli jea lah ulam raja seikat Rm2.. Ahhh... Kutukan mcm tu.. Sue tak ambik peduli.. Sue tambah lagi 5 biji tayar.. Muahahaha.. Mula2 Asben kutuk sue..  Skrg Asben pulak yg tlg siram.. Muahahaha... Haaaa... Seronokkan bercucuk tanam..

Sue selalu berangan.. Harap2 baby yg ke 6 dlm perut sue ini akan  minat dlm bidang pertanian bila dewasa kelak... Miliki kedai dan kebun bandar sendiri.. Menjual benih2 pokok yg berkualiti.. Kacuk pokok sana sini...  Hamboiiii.. Kalu bab berimaginasi tinggi.. Sue ni memang A++++

Susunan 10 tayar utk ulam ulaman.. 

Dalam diam Putera Sufi ke 3 yg berusia 10 minggu ni kembali kepada Allah pd 18hb Jan 2018..

#the_sufi_sisters 3 PUTERI sufi di dunia bersama Mama dan Ayah yg menjadi amanah yg sgt besar.. 3 PUTERA sufi kembali ke syurga bertemu dgn Mama dan ayah di Alam Kekal nanti.

Mengandung kali ini adalah kandungan keenam.. gugur ke kali ketiga.. Sudah tiada di rahim Sue..


#Adik Raina tak jadi nak dapat adik..

Dalam dok tengah sakit keguguran.. Sue buat tagging nama2 pokok utk senang kakak dan dekna baca... Sue tak boleh duduk baring jea.. Nanti rasa sakit tu sgt kuat.. Jadi sue terpaksa buat keje utk hilangkan rasa sakit.. 

Asben balik rumah awal hari ni.. Sebab standby utk masuk ward malam.. Naik heran Asben tengok sue kat kawasan tanaman.. 

"tengah sakit2 pun... Boleh lagi dok main dgn pokok2 ni.." sambil giling kepala..


Muahahaha















Masa ni baru 5tayar

Ini masa 5 tayar






18 Jan 2018 adik kembali ke syurga.. 

adik cuma singgah sebentar di rahim Mama.. Adik ingin kembali kepada Allah.. Di syurga yg penuh dgn kedamaian.. 

 Mama, ayah dan kakak2 akan menyambung minat adik kat mini Garden ini.. 

Amboiii.. Bersungguh sungguh adik raina  tengok nurse ambik darah sue... Hahaha 

Thursday 11 January 2018

Handbag Coach



Tqvm Mr Husband!!!!

skrg zaman wanita bekerjaya kan... kerani cabuk pun dah pakai handbag yg dua tiga ribu kan??
kerani yg berapa cabuk macam sue ni.. pakai handbag Coach yg percuma jea... hehehe..


Alhamdulillah… dapat hadiah handbag weiiii… sue nak handbag cap ayam itik jea… sekali asben beli yg jenama Coach. Nak sebut pun tak reti… sebijik rm1200.. kalu suh sue beli sendiri.. memang piker byk kali laaa..

Biasanya kalau ada handbag baru sue akan update status kat fb background handbag ada kad cosway, status tentang ID Cosway percuma.. tujuannya sue bukan nak tunjuk handbag.. ramai lagi handbag org lain yg mahal dan cantik2.. sebenarnya sue nak simpan kenangan patern handbag yg pernah sue pakai. Kalau sue simpan gambar handbag dlm hp… hilang mcm tu jea.. susah nak cari balik… kalu simpan dlm laptop… pun sama.. tak jumpa nak cari balik. Sue punya style.. kalu handbag sue dah rosak.. sue buang jea.. sue tak simpan dah…koleksi handbag hanya yg boleh dipakai jea… handbag yg dah rosak tu tinggal kenangan gambar yg sue simpan di fb jea… bila rindu kat handbag lama.. sue akan belek balik gambar2 lama di fb..

Dari tahun ke tahun… sue boleh lihat harga handbag yg sue pakai.. drp harga RM49.90 utk tahun 2010.. berubah ke rm150 utk tahun 2013… rm350 utk tahun 2015.. begitulah keseterusnya..
Kali ni Handbag coach.. sue simpan dlm blog lah… sebab sue dah sentap nak simpan picture dlm fb… kah3.. ada yg komen… asal jea handbag baru.. update ID cosway percuma… adushhhh… sentap sue… sentap weiiii… hahaha… tak pe.. sue tak terasa pun… sebab fb ni laman web utk orang share apa yg dia suka… org komen apa yg dia suka… kalau takut dikritik.. baik tutup akaun fb… kalau takut terliur orang share menu makanan.. baik jgn ada akaun fb…

“abg.. ayg nak beli sling bag la… senang nak letak passport dan hp kalu travel. Bag galas yg abg beli tu.. besar sgt nak angkut setakat nak jalan turun bas selangkah dua…”
“pulak… “

Tak sampai setengah jam… asben hantar gambar… uishhh.. mahal sgt tu bang… ayg nak beli yg harga dlm seratus jea…
Asben hantar gambar kat wasap..

“nak yg mana satu? Pilih laaa… abang belanja…”
“wowwwww… syukur Alhamdulillah..”

Asben bagi hadiah ni… sempena.. sempena.. sempena… pindah opis kotttt… kah3.